Thursday, 19 May 2011

Sg. Sedohok

Selasa 10/5/2011 - Kali ini saya dibawa my uncle ke sungai tersebut..Biase la time orang kerje..My uncle nie sanggup ambil cuti cume untuk bawa saya mancing (maklumla bos la katakan). Sg. Sedohok mempunyai populasi ikan yang banyak. Pernah dulu atuk saya dapat belida yang dianggarkan 9kg. Tapi sayang sebab terlepas apabila hendak dimasukkan ke dalam perahu ia meronta dan terlepas Berbalik kepada cerita tadi,,kami menggunakan sampan abg.Debot yang merupakan rakan my uncle. Sampai ke sampan tersebut kami dapati sampan itu berkunci. Kami pun cuba membuka nat yang menyambungkan rantai dengan sampan..sebelum tu kami dah minta izin dengan tuan punya sampan. Akhirnya dapat juga saya memancing disitu. Kalau tidak terpaksalah kami memancing di tempat lain sebab tak ade sampan. Banyak ikan yang melompat ke permukaan air..ianya memang sah anak ikan belida.




Kawasannya memang cantik. Setelah barang siap disusun kami bertolak untuk mencari lubuk yang berpotensi. Kami membawa umpan cacing, buah kelapa sawit dan tapa untuk santapan sang ikan. Buah sawit memang membuahkan hasil apabila saya berjaya mendaratkan seekor jelawat dengan menggunakan joran lemax yang dilengkapi kekili ajiking. Selain jelawat terdapat beberapa ikan lain yang kami dapat antaranya baung, temperas, keting.

Kami beralih tempat apabila tiada ikan yang menjamah umpan. Tidak disangka my uncle mendapat jongkong besar dengan menggunakan cacing. Menggunakan joran yang paling kecil. Memang kuat ia melawan hingga kepala joran menjunam ke dalam air. Bukan baling jauh pun umpan tersebut cume bawah sampan sahaja.


Memang puas hati betul dia sebab sebelum ni jarang ikan mencuit umpannya..Boleh dikatakan Raja Udang la dia nie sebab berturut-turut mendapat jongkong..Sebelum ni di Sg.Tanjung Tuan. Disini banyak kera liar yang bermandi-manda disini.

Boleh dikatakan meriah bila memancing di sini. Mesti ade aje ikan yang naik. Bermacam-macam ikan yang kami dapat selepas itu..Gelaran baung tikus tetap melekat kepada uncle sebab dia selalu mendapat ikan itu..Kali ini saya pun dapat 2 ekor ikan baung tikus..hehehe
Uncle memang sibuk,,bukan melayan ikan tetapi melayan orang..maklumla time kerje dia cuti..Tapi tak apa asalkan mancing..Pada sebelah petang pula uncle dapat belida..Memang sah populasi ikan disini banyak..Ingatkan tak ade orang lain mancing disini tapi rupanya ramai..apa-apa pun kawasan ini masih dipelihara daripada pembalakan dan pengorekan pasir sungai. Kami menggunakan umpan tapa tapi tiada satu pun baung besar yang diperoleh..tup tup umpan habis dijamah anak ikan.


Kami pun mengambil keputusan untuk pulang memandangkan hari sudah lewat petang. Ade juga pemancing lain yang sudah tiba. Dua orang yang berbangsa cina menjerat haruan dan bujuk menggunakan umpan katak. Boleh tahan la diorang dapat. Barang dikemas dan sampan diikat semula. Inilah tangkapan untuk hari ini. Sekian. wasalam

1 comment:

  1. Jackpot City Casino Review - Is This Site Scam or Legit?
    Jackpot City Casino 메리트카지노 Review · Deposit options · Software providers · Player support · 메리트 카지노 쿠폰 Live casino · Support 인카지노 · Number of games available

    ReplyDelete