Petua Menggunakan Umpan



Cacing adalah serangga yang memiliki bentuk silinder dan panjang,Cacing merah ( lumbricus Rubellus ) merupakan salah satu jenis cacing yang paling banyak dijadikan umpan untuk memancing ikan.Jenis ini memang merupakan makanan pelbagai jenis ikan yang berada di sungai.
Dalam pemancingan di sungai dan sawah, jenis cacing tanah dan cacing merah menjadi favorit bagi para pemancing. Kami biasa menggunakan cacing ini untuk memancing di sungai dan merupakan umpan utama apabila memancing.
Cara memasang cacing di mata kail adalah dengan memotong cacing yang besar menjadi beberapa potong, disesuaikan dengan panjang mata kail. Setelah itu cacing di tusuk dengan mata kail sampai tembus ke ujung satunya. Pemasangan cacing ini sebaiknya panjangnya lepas sesuai dengan panjangnya kail sehingga tidak ada daging cacing yang terbuang.



Cengkerik memiliki nama latin gryllus assimilis adalah jenis serangga yang sekarang menjadi komoditi dalam usaha pemancingan. Dalam pemancingan kolam jenis umpan cengkerik menjadi favorit ikan-ikan.sarang sudah diternakkan untuk mendapatkan peranakannya dengan cepat. Daya cengkerik memang untuk memenuhi citarasa para pemancing untuk dijadikan umpan memancing.

Cengkerik dalam memancing dipasang pada mata kail dalam keadaan hidup, dan dipasang dengan menusukknya pada kepala terlebih dahulu menembus tubuhnya dan hujung mata kail akan keluar sampai ke ekor. Untuk pemancingan yang menggunakan cengkerik sebagai umpan, sebaiknya anda menggunakan mata pancing yang cukup besar disesuaikan dengan besar cengkeriknya. Besar mata kail kira – kira ¾ panjang tubuhnya, karana jika anda memasangnya pada mata kail yang berukuran kecil umpan ini tidak akan terpasang dengan sempurna dan jika mendapatkan sentakan pada ikan maka umpan cengkerik dapat pecah dan rusak serta hilang.

Untuk memancing ikan kolam dengan menggunakan umpan cengkerik, anda boleh menggunakan rangkaian mata pancing tanpa menggunakan pelampung cukup dengan pemberat sahaja. Teknik memancing dasar perairan ini memang sesuai dengan karekter ikan yang berada di dasar permukaan tanah.
Jika anda dengan menggunakan cengkerik sebagai umpan, maka anda tidak perlu terlalu sering untuk mengangkat alat pancing anda, cukup dengan menegangkan rangkaian tali anda di dari dasar air ke tangan anda sambil merasakan getaran – getaran jika umpan cengkerik anda  dimakan oleh ikan. Umpan cengkerik tidak akan mudah koyak dan rosak jika berada di dalam air sehingga anda hanya sesekali sahaja mengangkat pancing anda ke permukaan untuk mengechek masih ada atau tidak umpan cengkerik anda. Selamat memancing.





Ruat merupakan umpan terbaik bagi memancing udang galah dan juga ikan lain.Cara pemasangan ruat adalah sama seperti cacing tanah. Cara memasang ruat di mata kail adalah dengan memotong ruat yang besar menjadi beberapa potong, disesuaikan dengan panjang mata kail. Setelah itu ruat di tusuk dengan mata kail sampai tembus ke ujung satunya. Pemasangan ruat ini sebaiknya panjangnya lepas sesuai dengan panjangnya kail sehingga tidak ada daging ruat yang terbuang.


Buah Kelapa Sawit juga umpan terbaik bagi menjerat ikan-ikan bersaiz mega.Ikan-ikan seperti kelabau,patin memang gemar akan umpan ini..Pastikan anda menggunakan mata kail yang bersaiz besar jika tidak ingin berputih mata. Caranya ialah potong sedikit buah bagi membiarkan minyaknya keluar. Minyak yang berbau harum ini akan menarik minat ikan untuk menjamah umpan.Pastikan sasaran ikan sebelum memilih umapn ini dan lubuk yang berpotensi.


Perut Ayam umpan terbaik bagi menjerat ikan patin dan baung. Walaupun baunya yang agak tidak menyenangkan tetapi umpan inilah yang terbaik kerana baunya. Caranya pintal pada mata kail seperti gambar diatas. Pastikan anda menggunakan mata kail yang besar kerana ikan yang berminat dengan umpan ini adalah yang bersaiz badong.



 






           +



Umpan Belacan + Tepung adalah umpang terbaik bagi memancing ikan puyu. Ikan puyu biasanya mendiami kawasan parit. Jika ingin memancing ikan ini adalah terbaik menggunakan umpan ini kerana baunya yang harum. Umpan ini juga boleh digunakan untuk menjerat ikan lain
Caranya ialah campurkan sedikit belacan dan sedikit tepung. Tambah sedikit air paip bagi memudahkan ia bercampur. Jangan terlalu banyak menggunakan air kerana ia akan benyek. Gaul sehingga sebati. Ok siap  Selamat mencuba.