Wednesday, 18 May 2011

Sg. Tanjung Tuan

Sabtu 7/5/2011. Adat memancing memanglah menjadi lumrah alam. Ade rezeki adalah ikan. kalau tak ade bolehlah cube lain kali. Trip kali ini dikatakan agak kurang bernasib baik kerana tiada tangkapan yang bersaiz mega dipancing. Mungkin kerana bukan musim ikan ataupun memang ikan di situ dah berkurangan. Maklumlah kawasan orang asli mencari rezeki tiap hari. Air mula pasang pada awal pagi tetapi tidak lama surut kembali. Pada awal pagi cuaca memang elok untuk memancing. Macam biase ranjer kuning menjadi pengangkutan kami. Barang-barang kelengkapan memancing disusun rapi di belakang ranjer. Sebelum bertolak atuk saya oder jongkong dari uncle..hehe pasal atuk tak ikut kali ini.



Untuk trip kali ini isteri tercinta my uncle pun join skali setelah beberapa kali tak ikut. Biasa la orang yang minat memancing memang akan gian kalau lame tak turun padang. Memang seronok kalau pergi beramai-ramai. Lagi-lagi dgn keluarga sendiri. Kami menyewa 2 sampan untuk memancing dan menggunakan 1 enjin sahaja.

 Uncle Saim pun menyertai trip ini. Memang ditakdirkan saya satu sampan dengan Uncle Saim. Sampan yang lagi 1 dihuni my uncle & isterinya (Cik Ruby) serta Qayyum. Diaorang memng best sebab sampan dah sedia ada di jeti tapi saya & Uncle Saim pulak kene tolak sampan di sebelah jeti. Dah la kawasan berlumpur. Habis seluar berlumpur tapi tak apa...mancing punya pasal.hehehee..Sampan kami tak menggunakan enjin maka kenelah dayung sampai ke tempat diaorang.

Kami satukan sampan untuk memudahkan pergerakan ke lubuk yang pernah kami naikkan ikan bersaiz mega. Lubuk Baung menjadi pilihan pertama kami. Tiba sahaja disana kami berpecah. Umpan pertama hanya mengena baung kecil saja. Memang stok ikan berkurangan disini. Kalau nak diungkap cerita dulu memang best. Bukan sekadar baung besar je malah jongkong, patin, kelabau pernah didaratkan. Setelah 10-15 minit kami berpindah ke lubuk lain. Orang panggil Uncle Saim ni buntal sebab bukan badan dia aje tapi selalu tali dipotong sang buntal..yang peliknya tali benang dia pun kene putuskan dengan buntal..alahai kesian dia.



Kali ini tak banyak gambar diambil disebabkan handset saya yang dah tak berfungsi dengan baik. Lagipun hasil tangkapan pun tak berapa banyak. Kira-kira pukul 10.30pg seekor jongkong berjaya dipancing oleh My Uncle. Memang besar...Kalau di bandingkan dengan tangkapan dulu,,inilah rekod udang terbesar yang pernah kami dapat..Gambar tak dapat diambil sebab sampan kami berjauhan..hahaha..(Sorry ye) Dengan menggunakan umpan cacing saje dah dapat jongkong. Kalau dah rezeki tak ke mana kan. Manakala saya pulak hanya mendaratkan ikan yang kecil saja..itu pun tak banyak..Uncle Saim dapat banyak la jugak..Udang yang dia dapat boleh tahan besar,,bukan seekor tapi dua ekor..saya ingatkan saya tak dapat udang tapi akhirnya mendarat jugak seekor. Walaupun orang cakap hanya saiz baby je tapi tetap bersyukur sebab dapat juga.

Jam menunjukkan pukul 3.25ptg..Hari mula mendung.Kalau setakat hujan je kami sanggup redah tapi kilat & petir pula join..Kami hentikan aktiviti memancing untuk seketika dan kembali ke Jeti..Nak cakap hujan lebat hanya renyai-renyai je..Daripada tunggu awan mendung berlalu kami memancing di Jeti..Tapi malangnya kawasan itu hanya menyebabkan sangkut je..akhirnya perambut beserta batu ladong menjadi harta karun kepada sungai..haahaa teringat pula kisah lawak ketika tersangkut..

Pada waktu itu joran saya tersangkut (buat kali yang ke-3) dah banyak kali tarik tetap tak lepas jugak..saya ambil keputusan untuk menariknya dari bawah (duduk atas sampan)..ketika itu saya menggunakan lonceng pada joran..Saya tarik menyebabkan lonceng berbunyi dan joran melengkung bagaikan nak terjun sungai..My Uncle pun terdengar lalu meloncat (siap tak pakai selipar) untuk menyambar joran,,siap rentap lagi (takut ikan tak lekat) masa itu pun si Qayyum menjerit joran di sambar ikan.. sekali bila dia toleh bawah nampak la saya sedang tarik tali yang sangkut sambil tergelak-gelak.huahuahua kesian dia..time saya turun tak ade yang nampak kecuali Uncle Saim yang dah tahu joran saya tersangkut..lepas tu semua gelak bagai nak pecah perut..ye la dia baru lepas dapat jongkong besar..semangat tak hilang lagi..Cik Ruby pula main dengan anak-anak ikan di sampan pakai sauk..dapat la juga 3-4 ekor ikan seluang..hurmm boleh gak dijadikan umpan.
Awan hitam sudah pun belalu..Kami turun kembali ke sungai sehinggalah pukal 5.30ptg..tiada tangkapan yang istimewa di peroleh..Kami pun berkemas untuk pulang. Dalam perjalanan my uncle & uncle Saim bercerita kisah lawak sewaktu mereka muda-muda dulu.hehe Sampai aje di rumah my uncle pun bergambar lah dengan udang dia..maklumlah juara untuk trip kali ini. Sekian saja untuk cerita kali ini.

No comments:

Post a Comment