Pages

Monday, 18 April 2011

Memancing Di Sg.Telur

Rabu 16/3/2011 merupakan hari yg ditunggu-tunggu untuk pergi memancing di kampung. Cuti sekolah sememangnye ramai yg turun ke sungai untuk mencuba nasib. Seawal pagi sudah bersiap untuk ke sana dengan menaiki Ranjer kepunyaan pak cik. Sasaran ikan kali ini ialah Patin dengan berbekalkan umpan perut ayam, buah kelapa sawit, & umpan wajib iaitu cacing tanah. Punyelah excited sebab nak guna joran baru..hehe maklumlah joran mahal (guna duit gaji). Saya dgn sepupuku Qayyum, Akid, adikku Zahir, Cik Mohsin & membernye Cik Saim tiba di sana pada jam 8.30 pg..





--> Aku (Otai)






 Qayyum (becok) <--





 --> Cik Mohsin (Taiko)




 Zahir (Lepu) <--





--> Akid (Pak Tam)







Berikut adalah antara gmbar yg sempat aku ambil apabila tiba di jeti. Ini kali kedua aku datang ke sini.

 Jeti yang bersebelahan dengan logi air
Sampan untuk disewa
Kami menyewa 2 sampan untuk memancing.. Kami hanya mengunakan 1 enjin saje...So kene lah ikat dua sampan..Segala bekalan dan alatan diturunkan untuk dimasukan ke dalam sampan. Masing-masing sibuk dengan tugas sendiri Kira-kira 15minit baru kami bertolak ke lubuk yg terpilih.


Dengan ini dua kumpulan telah dibentuk. Team 1 saya naik dengan Akid & Cik Saim manakala Team 2  ialah Zahir, Cik Mohsin & Qayyum.
Taiko Sibuk memasang Enjin bot maklumlah Drebar
Setelah siap berkemas kami mulakan perjalanan untuk ke lubuk patin maklumlah sasaran utama kami pada kali ini adalah ikan patin. Banyak permandangan yg cantik dapat di rakam. Kami try la beberapa lubuk yang berpotensi tp hasilnye tetap mengecewakan..tak de rezeki kot..hurmmm nak wat cam ner kn.
Pada mulanya ok jer..tetiba sampan Team 2 dimasuki air sebab bocor..nk tak nak kene balik ke jeti untuk tukar sampan lain..rugi kan masa jer..kesian diorang..dah la jauh nak balik ke jeti tu...dalam perjalanan tu si zahir & qayyum sempat tidur lagi.. hehehe
Tak banyak tangkapan yang kami dapat..kebanyakan anak-anak ikan spt baung , temperas..Kalau si misai lagi lah tak ade bayang...Agaknye bukan musim kot...time ikan tak banyak.adusss. tapi aku masih berharap untuk merasa tarikan sang patin. Hari menjelang petang hujan turun dengan lebat kira-kira setengah jam...basah lencun sume
 Kami menbuat tali rentang untuk memancing
 Baju Cik Saim Koyak sebab terkena duri pokok
Akid sibuk timba air yg bertakung kt dalam sampan
Apabila hujam mula reda cuaca bertukar menjadi cerah..Tiba-tiba joran Lemax bekekuatan 8-16lb berumpan perut ayam mula menunjukkan tanda-tanda yang sang ikan mula berminat untuk menjamah umpan..Banyak kali umapan habis apabila di tarik..Saya memegang joran untuk merasa gataran ikan.Bila rasa umpan di makan cepat-cepat saya rentap bagi melekatkan mata kail ke mulut sang ikan..melengkung abis joran dibuatnye..pehhhh memang best giler rase setelah berjam-jam sunyi jer..time tu pulak saya guna umpan perut ayam..rase-rasenye patin kot yang melekat..sangkaanku tepat apabila sang ikan muncul di permukaan air..saya dapat nie pun sebab nasib je sebab mata kail lekat sikit je kat mulut ikan..apabila ditimbang berat ikan melebihi 1kg..alhamdulilah ade juga ikan yang menjamah umpan saya..lapas tu tiada lagi sambaran daripada ikan-ikan besar..
 Bersama Sang Patin yg tewas
Lubuk patin di belakangku
Walaupun tak besar mana tapi saya bersyukur kerana ade juga yang menjamah umapan..munkin ini bukan musim yang sesuai untuk menjerat patin...Agak-agak pukul 5.30 ptg kami bersiap untuk balik..Hasil tangkapan agak kureng tapi bagi aku puas sebab dapat naikkan patin tersebut...Sampai disini saja kisah di Sg.Telur pada bulan ini..nantikan episod mancing yang akan datang..Sekian

Aqid,,,Zahir,,,Qayyum (Kepenatan)

1 comment:

  1. Camne nak dapatkan sewa bot kat sana ye? Boleh share no owner bot tak? Terima kasih

    ReplyDelete